Saturday, March 8, 2014

The Return of Superman

OK. Kali ni nk buat entry pasal The Return of Superman (TROS) pulak. TROS ini xde kaitan langsung dgn Clark Kent atau Superman omputeh tu. TROS adalah sebuah rancangan realiti dari Korea Selatan. Selepas Running Man (RM), rancangan ini adalah rancangan kegemaran aku dan ternanti nanti setiap minggu (tp rasanya sekarang aku lg suka tengok TROS dr RM).

Dari kiri: Jang Hyun-seong dan dua anak lelaki nya, Junu (11) dan Junseo (7), Lee Hwee-jae bersama bayi lelaki kembarnya, Tablo dan anak perempuannya, Haru dan Choo Seong-hoon bersama anak perempuannya, Sarang.

Dah tengok gambar kat atas? Dah dapat klu utk TROS ni? Yup. TROS ni langsung xde kaitan pasal nk carik lelaki badan sasa utk dijadikan pengganti Superman. TROS adalah rancangan realiti mengenai 4 orang selebriti lelaki di atas untuk menjaga anak mereka selama 48 jam tanpa kehadiran isteri mereka. Jadi,kesimpulannya, TROS ni adalah mengenai Superman atau superhero di dalam kaca mata anak-anak selebriti terbabit.
Lee Seoun dan Lee Seojun

Choo Sarang

Lee Haru

Jang Junu dan Jang Junseo






Secara peribadi, aku suka semua budak2 dalam rancangan ni.. semua ada karakter masing masing. Paling tua antara mereka, Jang Junu (11), diikuti adiknya, Jang Junseo (7), kemudian Lee Haru (5), Choo Sarang (3) dan si kembar yang baru berusia 10 bulan.
Baiklah.. dalam entry seterusnya akan cerita pasal budak2 ni pulak.. mula2 sekali nanti kita cerita pasal Lee haru yg sangat meminati Jang Junu.. hehe.. Enjoy their sweet moments!!






No comments:

Post a Comment

'Crying was an acceptable outlet, even if it made you feel raw and empty inside, it was still better than that build up of resentment that grew from not letting your emotions out.' -Dorothy Koomson for My Bestfriend's Girl-