Saturday, May 31, 2014

Kenangan

Kata2 akan dilupakan, kenangan akan kekal selamanya..
Kenangan akan tiba apabila insan meninggalkan kita...

-Yaadein-

Saturday, April 19, 2014

Tahukah anda??

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
kalau org pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak
tanya kepada ibubapa...mampus nak jawab ni!

Simpan maklumat penting ini!

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa &
Marwah :
Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan
lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan
wanita :
Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

Sunday, March 23, 2014

Kesabaran

Selang beberapa waktu Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan Nabi Ibrahim, ujian menyapa mereka. Ismail merasakan kehausan. Sedangkan persediaan minuman serta makanan telah habis. Ditambah lagi air susu sang ibu tidak dapat disusukan krn telah kehabisan tenaga. Namun, Ismail yang belum cukup faham dengan keadaan ibunya tetap menangis.
Siti Hajar pun kebingungan. Tapi agungnya pengorbanan seorang ibu tidak terhalang oleh hal demikian. Dengan gigih Siti Hajar berlari-lari kecil (sa’i) menuju bukit Marwah. Dalam pandangannya, ia melihat genangan air di bukit tersebut. Namun, setelah didatangi ternyata yang ia dapati hanya fatamorgana. Lantas ia pun kembali lagi ke bukit Shafa karena setelah tiba di bukit Marwah ia melihat genangan air berada di bukit Shafa. Tapi yang ia dapati fatamorgana jua. Maka, dia hilir mudik antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Berlari-lari kecil (sa’i) ini menjadi syari’at umat Nabi Muhammad saw., sebagai salah satu rukun ibadah haji.

Setelah cukup lelah hilir mudik sebanyak tujuh kali antara Shafa dan Marwah, tiba-tiba ia melihat pancaran air dari tanah bawah. Tepat pada bekas jejak kaki Ismail. Air tersebut terus memancar keluar dari permukaan tanah. Sehingga menjadi genangan. Melihat genangan air yang semakin besar itu, Siti Hajar bersyukur atas anugerah Allah tersebut dan berkata pada air itu, “z"am zam ya al ma’u”"(kumpul, kumpul wahai air). Air tersebut membentuk genangan yang semakin lama semakin besar semacam sumur. Maka, ronta dan tangis kehausan Ismail pun dapat diubati dengan air yang penuh berkat. Bahkan sampai saat ini, air tersebut masih tetap memancarkan berkat yg kita kenali sbg air zam zam.

Demikianlah peristiwa Siti Hajar tersebut yang berkaitan dengan kesabaran. Adapun mengenai kesabaran, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyebutkan kata sabar di sembilan puluh tempat dalam Al-Quran, juga ditambah dengan keterangan tentang berbagai kebaikan dan darjat yang tinggi buah dari kesabaran.
Allah Subhanahu wa Ta’ala .berfirman, “Dan sesungguhnya, Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. An-Nahl : 96).

“Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar : 10)

Tidak ada suatu amal yang dekat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala,melainkan pahalanya diukur dan ditimbang dari kesabaran. Allah telah memberikan janji kepada orang yang sabar, yaitu akan diberi petunjuk dan kurnia-Nya.

Berkaitan dengan hal itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb-nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. Al-Baqarah : 157)

Ayat-ayat yang senada dengan ini banyak sekali, demikian pula di dalam hadis. Di antara hadis tersebut, yaitu yang ertinya, “Tidaklah seseorang diberi karunia yang lebih baik dan lebih luas, selain dari kesabaran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kesabaran merupakan spesifikasi yang dimiliki manusia. Kesabaran tidak digambarkan pada binatang dengan berbagai kekurangan dan dominasi nafsunya. Kesabaran juga tidak digambarkan pada malaikat karena malaikat diberi sifat ketaatan atas perintah Allah dan tanpa diberi nafsu untuk pembangkangan.

Pesan-pesan: semoga kita sentiasa bersabar menghadapi apa jua cabaran. Pesan utk diri dan sesiapa yg sudi menerima...

Monday, March 17, 2014

Happiness is.....

Let me help you find your balloon. ;-)

Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti semua sedia maklum, hari ni, 8 Mac 2014, Sabtu is a very SADturday for us all. Sebuah pesawat MAS MH370 telah dilaporkan hilang dari radar pada jam 2.40 pg. pesawat berlepas pd jam 12.30 pg dan dijangka tiba di beijing pada jam 6.30 pg.

Sepanjang hari ni, mcm2 spekulasi keluar mengenai tragedi ini. Pertama sekali ada yang cakap kena hijacked ngan PKR sbb semalam Anwar telah dituduh bersalah atas kes liwat untuk kali kedua dan akan dipenjarakan 5 tahun. Yang ini sgt pfftt!!! Yang kedua ada pulak yg menyatakan pesawat telah mendarat kecemasan. Tp berita ini telah dinafikan oleh MAS dan mmg smpai sekarang pesawat masih hilang lagi. Ttapi, yg plg lojik sekarang adalah Kerajaan Vietnam telah melaporkan ada pesawat terhempas di Ho Chi Minh pd jam 5.50 pagi, Penduduk menjangkakan ia adalah meteor. Ramai yg telah mengesahkan berita ni.. tapi, kerajaan Malaysia mahu meneruskan siasatan.. Kepada yg tidak puas hati kerana kerajaan seolah olah masih mahu berteka teki dgn status pesawat tu apakata korang baca dulu gambar kat bawah ni..



Tragedi ini mmg telah mengganggu emosi seluruh rakyat Malaysia hari ni. Walaupun kita xkenal siapa yg ada dalam flight, tapi sebagai seorang manusia yg berhati perut, kita semua merasa kesedihan. Tapi, apa yg lebih menyedihkan apabila ada pihak yang masih boleh buat lawak isu ni. Contoh tadi di twitter tadi aku baru sound seorang minah ni sbb caption dia. Dia boleh cakap 'ala..pilot tu sj bawak jalan dlm air sbb dh selalu sgt terbang' Aku: Really?? Will u said the same thing if your family members in the flight? I bet you'll begged others to pray for them.. Selain kebodohan ini, ada lagi kebodohan lain.. macam Zed Zaidi. pastu ada jugak yg ckp,  'Jgn banned ultraman, ultraman je boleh selamatkan MH370 skarang.' Seriously, manusia cmni mungkin hbs blaja ilmu agama dulu.. Ada jugak ckp, 'Kapal terbang besar pun boleh hilang.' Dik, kau tau 'kun fayakun'? kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia.. kalau Allah nak kau jadi sebesar gajah pun boleh.. Tp, itula realiti manusia skrg ni.. bila xtau nk meletakkan diri dlm situasi org lain.. jd la macam tu.. Nauzubillah.. Mudahan aku xtejerumus jd macam tu..

Akhir skali, marilah kita sama2 doakan yg terbaik dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan keluarga di dunia dan akhirat, Amiin, #prayforMH370 #MH370

Saturday, March 8, 2014

The Return of Superman

OK. Kali ni nk buat entry pasal The Return of Superman (TROS) pulak. TROS ini xde kaitan langsung dgn Clark Kent atau Superman omputeh tu. TROS adalah sebuah rancangan realiti dari Korea Selatan. Selepas Running Man (RM), rancangan ini adalah rancangan kegemaran aku dan ternanti nanti setiap minggu (tp rasanya sekarang aku lg suka tengok TROS dr RM).

Dari kiri: Jang Hyun-seong dan dua anak lelaki nya, Junu (11) dan Junseo (7), Lee Hwee-jae bersama bayi lelaki kembarnya, Tablo dan anak perempuannya, Haru dan Choo Seong-hoon bersama anak perempuannya, Sarang.

Dah tengok gambar kat atas? Dah dapat klu utk TROS ni? Yup. TROS ni langsung xde kaitan pasal nk carik lelaki badan sasa utk dijadikan pengganti Superman. TROS adalah rancangan realiti mengenai 4 orang selebriti lelaki di atas untuk menjaga anak mereka selama 48 jam tanpa kehadiran isteri mereka. Jadi,kesimpulannya, TROS ni adalah mengenai Superman atau superhero di dalam kaca mata anak-anak selebriti terbabit.
Lee Seoun dan Lee Seojun

Choo Sarang

Lee Haru

Jang Junu dan Jang Junseo






Secara peribadi, aku suka semua budak2 dalam rancangan ni.. semua ada karakter masing masing. Paling tua antara mereka, Jang Junu (11), diikuti adiknya, Jang Junseo (7), kemudian Lee Haru (5), Choo Sarang (3) dan si kembar yang baru berusia 10 bulan.
Baiklah.. dalam entry seterusnya akan cerita pasal budak2 ni pulak.. mula2 sekali nanti kita cerita pasal Lee haru yg sangat meminati Jang Junu.. hehe.. Enjoy their sweet moments!!






Thursday, March 6, 2014

JEP SEPAHTU





Amacam? Kenal x? mesti kenal kan? kalau ada yg jawab x kenal, ada kemungkinan besar korang akan dikecam oleh peminat-kipas-susah-mati (die-hard-fans) Jep. Yup. Aku bukan bergurau. Sedar tak sedar, Jep telah menjadi fenomena kat Malaysia sekarang.
Secara jujur, aku pun xtau sejak bila Jep jadi fenomena. Aku memang minat Sepah dari raja lawak. Gelak khas, bujang sepah lalalitamplom, dodol, lemang tu mmg tengok la.. dan mmg minat Jep pun. Tp, sejak Super Spontan 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013, Jep telah menjadi fenomena di kalangan gadis2 bawah umur dan atas umur (pertengahan umur pun ada). Dulu, mmg susah nk dapat info pasal Jep. Tp, sekarang, Metro pun tiap minggu nak keluarkan gosip pasal Jep. Hahaha.. aku smpai sekarang masih tertanya tanya punca virus Jep ni meletus.

'Nampak bulu ayam tok?' ( bermula nyaa fenomena #tokketua untuk aku..haha)

'Tok kemas kemas. tepon bunyi, tok angkat.. pastu, hilang (bulu ayam)' - (MLM2013 - minggu pertama)

 Nak cerita biodata Jep, rasanya xpayah la.. sebab dalam Wikipedia pun ada. Maklumat penting adalah nama panjang dia, Mohd Nazri bin Zainal Abidin. Nama pendek, Jep la.. sempena nama pemain bola MU, Jep Staam.. (xberapa pasti ejaan Jep Staam tu..sile carik sendiri..usaha tangga kejayaan!). Tarikh lahir die, 9 april 1985. Asal Kulai, Johor dan sgt2 minat main bola.. Itu je.. pencapaian setakat ni smua juara juara je dia sapu. Juara Raja Lawak 2009, Juara Maharaja Lawak 2011, Juara Super Spontan 2013, Juara Maharaja Lawak Mega 2013.
jep: 'AWEK AKU!!'

Jep: 'Itukan contoh!'

Sebenarnya tujuan aku buat post ni bkn nak cerita detail sgt pasal Jep sbb aku bukan kenal sgt ngan die.. (Like gambar aku post dlm instagram aku pon xpernah,,apatah lg nk reply komen..huhu). Aku cuma nk cerita pengalaman aku lepas join bbrapa grup yg melibatkan jep/sepahtu ni,, antara yg aku join adalah yusjeprians, sepahturious family (dh kluar), jepsepahtucrew, rahimbians (dh kluar), fans club jepsepahtu (dh kluar jgk) dan ada lg yg lain2 yg add sesuka hati.. Mula2 aku join (yusjeprians) majoriti budak2.. aku terkejut skjap.. aku ingat mentaliti aku dh mcm budak2.. waktu tu aku x sedar lg yang fans  jep ni sgt2 ramai.. dan dia dh pun jd fenomena rupanya.. Dlm tu aku x ckp bnyk.. aku jd silent reader ja.. tujuan aku masok pun nk tau perkembangan aktiviti jep,
Dipendekkan cerita, dh lama2 tu aku perasan la 80% peminat ni adalah peminat-kipas-susah-mati.. beruntungla jep sbb ada peminat mcm ni sbb mmg diorang support gila. itu kebaikan, tp ada juga keburukannya.. contohnya, hari tu metro kluar brita pasal jep dh bertunang. majoriti komen frust bagai.. sorry to say this, but it looks like they support jep because of his looks. ya. aku tau rupa jep skrg dh xmcm muka dia dulu.. makin segak.. sbb tu peminat smpai nk gila tengok dia.. senyum ke xsenyum ke ttp melting katanyee... (yg aku heran, korang ni ais ke nak melting?haha..begurauuu...)




sambung lagi... x dinafikan, sbb aku join grup2 tu, aku dpt ramai kawan baru.. org lain pon begitu.. mcm yin dan yang, ada baik mesti ada buruk. ada silaturrahim terjalin, ada jugak permusuhan berlaku. semenjak dua menjak ni, semakin bnyk kes kecam mengecam berlaku di kalangan peminat.. dan yg paling buat aku panas bila sorg member aku, (dia salah seorang admin utk satu grup) kena kecam sbb MINUM TEH O! kata si pengecam tu, member aku minum teh o tu pun sbb nk sama ngan jep.. Gila apa???? lpas ni korang xpayahla minum teh o lagi.. ada 25 lg abjad lain.. minum la teh abcdefghijklmnpqrstuvwxyz!
itu je lah kali ni.. nnt smbg lg..

Jep dan ularnya
nota kaki: aku minat jep sbb die klakar.. dari zaman muka die pecah rumah dh minat..zmn 'eh,burung tuan hamba berbuny tu'.. kalau tengok peminat skrg, xtau pun lawak sepah yg dulu.. tp dah claim diri dorang peminat setia,, peminat-kipas-susah-mati sangaatt!!


Raja lawak 2009 minggu 7.. aku paling suka persembahan ni..


Gracies Puyol!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

WAH! penoh dah sarang labah labah dlm ni..hahaha..
yelah.. dah lama x update, rasa kekok pulak..
hari tu ada seorang member suruh aku update.. katanya apdet je apa2..psl pemain bola pon xpe..
sbb die ckp mcm tu, so, aku apdet la pasal pemain bola ye...
Carles Puyol

Kali ni kita cerita pasal Carles Puyol pulak la..
Carles puyol atau lebih dikenali sebagai Puyol atau El Capita di kalangan peminat Barca (cules - peminat barca) merupakan central defender untuk Barcelona FC. Puyol, nama sebenar Carles Puyol i Saforcada, lahir pada 13 April 1978 dan merupakan seorang Catalan sebenar. Beliau telah menjadi El Capita untuk Barca sejak tahun 2004 dan telah bermain hampir 600 perlawanan untuk Barca(Xavi telah bermain untuk lebih 700+.. hehehehe ). Puyol mula menyertai La Masia pada usia 17 tahun.


Kad pelajar Carles Puyol..hehe

 

OK. Kenapa nak cerita pasal Puyol pulak? Selalu cerita pasal Xavi atau Messi je kan? haha.. Ini semua berpunca apabila Puyol mengumumkan persaraannya pada habis musim ini. Secara peribadi, puyol adalah tunjang utama utk barca. itu pendapat peribadi aku. Kerana bagi aku, aku lebih yakin bila puyol bermain dalam permainan. Jadi, aku antara insan yg sedih apabila Puyol bersara.. Tetapi, dia bersara dgn alasan yg baik. sebagai seorang cules, aku tau Puyol sering dilanda kecederaan untuk dua musim ini. Amat sukar sekali umtuk melihat Puyol dalam kesebelasan utama. Jadi, tindakannya untuk bersara itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dan pasukan. Yang paling penting, hasratnya untk bersara di Barca tercapai. Apa apa pun, semoga beliau terus berjaya selepas ini. #GraciesPuyol #ThankYouPuyol
Gracies el capita!

Godek godek..sikit je gambar puyol yang ada dlm simpanan.. 70% gambar xavi.. 20% messi dan 10% yg lain lain..hehe..

Xavi dan el capita



tengok la betapa nakal nya xavi.. haha

Puyol, Cesc, Pique ( World Cup 2010)

BROMANCE!!!

MUCHA GRACIES EL CAPITA!!!

'Crying was an acceptable outlet, even if it made you feel raw and empty inside, it was still better than that build up of resentment that grew from not letting your emotions out.' -Dorothy Koomson for My Bestfriend's Girl-