Monday, April 13, 2009

Terima kasih mimpi...

Terima kasih mimpi,
kerana mendatangkan ibuku...
terima kasih mimpi,
kerana kemudiannya kau datangkan ayahku,
terima kasih mimpi,
kerana mengizinkan aku menjadi anak manja lagi,
terima kasih mimpi,
kerana memberi peluang aku melepas rindu ini,
terima kasih mimpi,
kerana kau, aku bisa merasa kasih mereka lagi,
terima kasih mimpi,
kerana membantu aku melerai kekusutan hati ini,
terima kasih mimpi,
kerana untuk kesekian kalinya,
aku berpeluang menjadi diriku walau untuk seketika,
terima kasih mimpi,
kerana membahagiakanku,
terima kasih mimpi,
kerana tidak mengecewakan ku...
dan, terima kasih mimpiku untuk segalanya..
terima kasih tidak terhingga kerana menemani malam2 sepiku....

No comments:

Post a Comment

'Crying was an acceptable outlet, even if it made you feel raw and empty inside, it was still better than that build up of resentment that grew from not letting your emotions out.' -Dorothy Koomson for My Bestfriend's Girl-