Friday, July 31, 2009

Aku suka makcik kathleen

Aku suka artikel yg ditulis oleh anak sedara john f kennedy dlm RD bln jan.ye.aku tau skarang dh nak masuk bln ogos n aku br hbs bc buku yg bertarikh 7 bulan lepas..xpe..ilmu tu xde expiry date...

artikel dia tajuk 'death has been ever present' atau aku translate 'kematian adalah satu hadiah/penghargaan'.betul ke?lebih kurang laa....aku setuju sgt2 ngan tulisan auntie kathleen ni..dia ni mcm dikelilingi oleh kematian spanjang di awal usia hidupnya..sejak dr dia belum lahir lg..ada satu part dia ckp dia x suka bile org ckp 'Time heals all wounds' sbb dia ckp benda tu xbetul.even selepas beberapa taun,orang akan sentiasa sedih kalau teringat kat femili or fren yg dah pergi ni..dulu, aku pecaye dengan kata2 tu..tp selepas baca artikel makcik ni and aku pun dah rasa,lalui sendiri, aku pikir2 makcik ni mmg betol..betol sesangat..aku pernah tertanya agaknya berapa taun aku perlukan nak lupakan ataupun x bersedih atau terasa hati kalau sebut pasal org tersayang yg dah xde ni..sekarang aku dah tau..walau beribu tahun pun (mmg x possible laa..perumpamaan untuk menguatkan cerita) mmg xkan boleh nak ubat hati ni..xkan boleh nak tampal balik hati yang dah belubang2 ni..kat mana2 pegi atau orang yg kita jumpa akan buatkan kita teringat..kita x mintak benda tu datang n xboleh nak kontrol pun..ianya kebetulan..hidup kan penuh dengan kebetulan..kalau tengok durian,kita teringat ngan orang yang sanggup susah pyh bukak durian sbb nak bg kita makan..dengar org ni ckp mcmni2,kita teringat la dulu selalu dengar orang tesayang tu ckp bnda sama..tp skarang xleh dgr lg..mcm tu la cntohnya kenapa masa tu mmg xkan dapat ubat hati ni..hari baru,orang baru,perkara baru,semua baru tapi pengalaman dan kenangan itu selamanya..

aku penah jugak dengar kalau hidup dengan kenangan kita xkan boleh maju ke hadapan..ye ke??aku x rasa mcm tu..sbb kenangan mmg xboleh dibuang..lain la kalau dpt amnesia..tp, even amnesia pun boleh baik balik..kenangan tu memori.memori tu sm mcm memori kad.xkan hilang selagi xformat balik..jd kalau ikut pepatah td tu,kalau xnak hidup dlm kenangan/memori,format la otak korang..huhu..

sambung balik pasal makcik kathleen..dia cite mcm mn kwn2 dia(waktu kat uni) dah besar panjang mcm tu tp xpenah rs g funeral(majlis kematian la kalau kat mesia ni)..sbb tu dia ckp kematian yg berlaku kat keliling dia tu mcm hadiah.sbb xsemua org merasa apa yg dia rasa dan lalui..aku suka sgt2 part tu..bg aku semangat..dia membuatkan aku rs aku dh dpt bnyk pengalaman..aku xleh la nak kata hadiah..boleh jugak hadiah..hadiah yg mmg xkan boleh nak lupa smpai bila2 pun..pengalaman yg aku dapat ni mmg sgt mahal sbb banyak mengajar aku dan adik beradik..ada yang belum nampak tp kami sendiri yakin ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan..aku redha..
ok..aku positif!

4 comments:

  1. Nice review Meer. at least, nya ingatkan kita bhw in this world, we are not alone. me cannot la pdh faham coz x lalui, which is true, but what i'm sure is that... no matter what happened, LIFE goes on kan?


    p/s - spt besa, aku mula berfalsafah! ha2. gd day!

    ReplyDelete
  2. saya percaya setiap kita adalah istimewa, terpulang pada cara kita melihatnya, hidup mmg perlu diteruskn..

    segalany yg berlaku adalah hadiah kerna kita membesar dgn melalui pengalaman trsebut...

    jom teruskn hidup dgn optimistik dan ceria,
    fighting Meer! aja2....

    ReplyDelete
  3. hehe..thanx guys..aku tabah sbb aku tauk ada member cm ktk org...fighting!!!

    ReplyDelete
  4. u r a strong one meera.. n i envy you for your strength..

    ReplyDelete

'Crying was an acceptable outlet, even if it made you feel raw and empty inside, it was still better than that build up of resentment that grew from not letting your emotions out.' -Dorothy Koomson for My Bestfriend's Girl-