Tuesday, October 28, 2008

Ketam ketip kuku...kikikikikukukukekekeke

Suatu masa dahulu. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam… kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, “Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?”
Ketam ketawa, kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!
Kodok..Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?”
Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?”
Ketam kilas,”Kelakar.”
“Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat.
"kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.
Ketam kata,”Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan.”
Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

No comments:

Post a Comment

'Crying was an acceptable outlet, even if it made you feel raw and empty inside, it was still better than that build up of resentment that grew from not letting your emotions out.' -Dorothy Koomson for My Bestfriend's Girl-