Wednesday, November 5, 2008

Hassan Al-Banna

12 Februari 1949
Posted by: "Wan Fatin Zuharah WanMusthapa"
Sat Feb 9, 2008 5:54 am (PST)
59 tahun yang lalu
Tempat: Kaherah - Kawasan Hilmiyah
Waktu : Selepas tengah malam 12 Februari1949

Peristiwa:Diwaktu malam yang hening, sebuah kereta polis menuju ke satu jalan dibandarHilmiyyah, Kaherah. Kereta-kereta berhenti, sekumpulan tentera yang bersenjata bergegas mengepung kesemua jalan dan kawalan diketatkan disekitar sebuah rumah yang tak seberapa ditengah-tengah jalan.

Tiba-tiba datang sebuah kereta ke arah rumah ini. Para tentera pun berbaris memindahkan sekujur badan yang kaku yang diambil dari kereta itu lalu cepat-cepat dibawa ke dalam rumah. Mereka pun mengetuk pintu, lalu seorang tua yang melewati usia 90-an membuka pintu.Beberapa orang pegawai memasuki rumah tersebut sebelum jasad dibawa masuk bagi memastikan tidak ada orang lain disitu.

Arahan tanpa kompromi diberikan kepada si tua, “Tidak boleh ada suara! tidak boleh ada takziah! Dan tidak seorang pun yang berkepakaran boleh menguruskan mayat, hanya engkau dan ahli rumah sahaja! Pengkebumian mesti dibereskan tepat pada jam sembilan pagi!"

Orang tua itu ialah bapa orang yang meninggal itu, sekalipun begitu sedih dan tua, beliau bangun menguruskan pengkebumian anaknya. Lalu si tua itupun menyapu darah anaknya kesan peluru-peluru yang mengkakukan tubuhnya.

Pagi pun menjelma, para pegawai datang sebagaimana janji mereka, “Marilah bersama anakmu Kebumikanlahnya!” Maka sibapa yang berusia 90 tahun bertempik“Bagaimana aku ingin membawanya?Tenteralah yang kena bawa!“. Jawapannya adalah “Ahli keluargalah yang mesti membawanya!” Padahal yang tinggal hanyalah perempuan-perempuan dan seorang budak lelaki kecil.

Sekujur badan dibawa ke jalan yang dipikul oleh isterinya dan anak perempuannya. Dibelakangnya hanyalah ayahnya. Barang siapa yang berani mengiringi jenazah itu maka penjaralah kesudahannya. Sesampainya jenazah itu kesebuah masjid untuk disembahyangkan,tiba-tiba masjid itu kosong daripada seorang pun hatta orang yang berkhidmat terhadapnya( pegawai-pegawai masjid).

Si bapa pun bersolat jenazah dan diikuti oleh ahli bait yang terdiri daripada perempuan. Kemudian mereka pun menurunkannya ke dalam kuburnya.Kesemuanya pulang ke rumah dengan kawalan yang begitu ketat. Inilah jenazah Imam As-syahid Hassan Al-Banna.

Dan penangkapan selesai dilakukan terhadap jiran-jiran, bukan kerana apapun tetapi kerana mengucapkan takziah kepada keluarga ini. Kepungan dilakukan bukan sahaja terhadap rumah kerana bimbangkan revolusi yang akan dilakukan oleh mereka yang datang memberi takziah,bahkan kepungan juga turut dilakukan terhadap kubur kerana bimbangkan akan ada orang yang datang mengeluarkan jasad dan mendedahkan jenayah.

Dan pegawai-pegawai polis pun berkeliaran di masjid-masjid bagi mengarahkan masjid ditutup selepas setiap kali solat kerana akan ada orang yang berani memprotes kezaliman terhadap arwah.

No comments:

Post a Comment

'Crying was an acceptable outlet, even if it made you feel raw and empty inside, it was still better than that build up of resentment that grew from not letting your emotions out.' -Dorothy Koomson for My Bestfriend's Girl-